Negara kita sebenarnya mempunyai banyak lokasi percutian yang setanding luar negara terutama pulau dan pantai peranginan.

Jika anda tak tahu mahu pergi mana untuk bercuti bersama keluarga tetapi mahu bersantai di tepi pantai yang jernih, Pulau Kapas, Terengganu, adalah destinasi tepat untuk anda kerana:

1. Jarak yang dekat

Jarak pulau dengan tanah besar atau jeti hanya mengambil masa kira-kira 10 minit sahaja. Anda tak sempat mabuk laut pun jika ke sana!

2. Air laut yang jernih biru kehijauan

Walaupun jarak pulau berdekatan tanah besar, tetapi air laut di sana amat jernih hingga anda boleh melihat dasar laut yang bersih. Warna air laut pula biru kehijauan tau!

3. Lebih murah

Jika anda mahu bercuti secara bajet, usah risau kerana Pulau Kapas mempunyai pelbagai chalet bajet dan campsite yang berharga RM20 semalaman. Sangat murah malah dilengkapi dengan kemudahan seperti dapur, bilik air, bilik mandi, surau, dan banyak lagi.

4. Batu karang berwarna-warni

Pemandangan bawah laut di sini setanding pulau luar negara kerana mempunyai ikan yang berwarna-warni berenang dengan bebas di samping batu karang yang juga berwarna-warni ada di dasar laut.

5. Aktiviti air yang menarik

Tak sah jika ke pulau anda tidak melakukan aktiviti air. Selain snorkeling, anda juga boleh lakukan aktiviti cliff jumping. Tetapi, pastikan anda betul-betul berani sebelum melakukannya.

Sumber: Says