Mesti ada di antara kita yang teringin untuk travel atau backpack secara solo sekurang-kurangnya sekali dalam hidup kita.

Banyak faktor perlu diambil kira jika anda mahu travel solo terutama dari segi keselamatan, kos perbelanjaan, lokasi percutian dan macam-macam lagi.

Untuk pengetahuan anda, Indonesia sesuai dijadikan destinasi untuk anda travel seorang atas beberapa sebab. Antara sebab-sebabnya ialah:

1. Banyak penerbangan direct ke Indonesia

Gambar sekadar hiasan

Kita sedia maklum, harga tiket penerbangan memainkan peranan penting untuk menentukan destinasi yang hendak dituju.

Terdapat banyak penerbangan secara terus ke Indonesia dari negara kita, jadi anda sudah jimat kos dari segi harga tiket penerbangan.

2. Pelbagai destinasi menarik

sehanskatalis.blogspot.com

Boleh dikatakan negara seberang ini menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dikunjungi jika anda meminati fotografi, budaya, makanan, pemandangan alam semulajadi, membeli-belah dan banyak lagi.

3. Ada empat pejabat kedutaan Malaysia di Indonesia

Berita Harian

Terdapat empat pejabat kedutaan Malaysia di sana iaitu di Jakarta, Medan, Riau dan Pontianak. Anda boleh ke pejabat kedutaan berdekatan jika mengalami masalah semasa bercuti di sana.

4. Perbelanjaan murah

indonesia.biz.id

Tidak dinafikan perbelanjaan di Indonesia agak murah kerana kadar tukaran matawang asing. Jadi, anda boleh makan, menginap di dorm dan menggunakan pengangkutan angkot atau objek untuk lebih menjimatkan. Memang murah betul jika travel secara backpack ni lebih-lebih lagi backpack secara solo.

5. Rakyat peramah

Blog Hazanis

Selain itu, rakyat di negara berkenaan sebenarnya amat peramah dan sentiasa mengalu-alukan kedatangan pelancong ke sana. Mungkin ada sedikit sebanyak persamaan bahasa dan budaya kita membuatkan kita lebih mudah berinteraksi bersama orang tempatan.

Jadi apa tunggu lagi, jangan lepaskan peluang meneroka dunia secara solo kerana anda akan lebih menikmati momen-momen indah yang berlaku setiap detik semasa bercuti.

Sumber: Cari