Memiliki tudung dalam jumlah yang banyak menjadi satu masalah besar bagi seorang hijabis kerana selalunya mereka tidak tahu mahu memakai tudung warna apa pada keesokan hari. Ada sesetengah warna tudung membuatkan wajah si pemakai kelihatan kusam dan tidak berseri.

Berikutan itu, lima rona warna tudung di bawah ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda selain membuatkan wajah anda berseri dengan pilihan warna tudung yang tepat.

Warna pastel

facebook.com

Sebenarnya, tudung berwarna pastel sesuai untuk hijabis yang mempunyai kulit coklat gelap. Antara rona warna pastel yang sesuai ialah warna dusty pink, nude, kelabu dan banyak lagi membuatkan wajah anda kelihatan lebih segar.

Coklat

avanascarf.id

Pilihan warna coklat merupakan warna yang neutral selain mudah dipadankan dengan semua jenis pakaian tidak kira kasual, feminin atau formal. Malah, warna coklat membuatkan muka si pemakai kelihatan lebih cerah dan bersih.

Walau bagaimanapun, bagi anda yang memiliki kulit sawo matang, elakkan daripada memakai tudung berwarna coklat terlalu muda atau cair kerana ia membuatkan wajah anda kelihatan pucat.

Maroon

muslimahclothing.com

Bagi mereka yang memiliki kulit cerah, warna maroon membuatkan anda kelihatan lebih berseri serta segar. Selain itu, tona warna burgundy turut membuatkan wajah anda glowing dari jauh.

Mustard

nhonline.my

Kebanyakan gadis di negara ini mempunyai kulit putih kuning langsat dan ini membuatkan mereka lebih senang untuk memakai tudung semua jenis tona warna. Salah satunya adalah warna kuning mustard. Difahamkan, warna ini mampu membuatkan tona kulit tetap seimbang selain kelihatan lebih berseri.

Ungu muda

shopee.com.my

Tudung berwarna ungu muda seperti warna lavender memberikan kesan tenang dan lembut kepada si pemakai. Malah, warna ini sesuai untuk jenis warna kulit. Selain itu, ia juga mudah dipadankan dengan warna-warna neutral seperti biru gelap, kelabu, atau beige.

Sumber: Hijabista