Perkara pertama menjadi perhatian bagi orang Muslim apabila melancong ke luar negara adalah mencari makanan halal kerana mereka tahu agak sukar mencari makanan halal terutama di negara bukan Islam.

Namun, usah risau kepada anda yang bercadang untuk melancong ke Perth, Australia, kerana di bawah ini merupakan beberapa restoran halal di Perth yang anda boleh cuba tanpa ragu-ragu:

1. Insan’s Cafe, Murray Street

Difahamkan, restoran ini agak popular dalam kalangan pelancong Malaysia kerana ia bukan saja menyajikan masakan tempatan Malaysia, tetapi ia juga murah.

Antara menu terdapat di restoran ini adalah pelbagai jenis lauk nasi campur, Nasi Goreng Insan Cafe, Mee Goreng Mamak, Nasi Goreng Kampung dan sebagainya. Harga makanan pula bermula daripada AUD10.00 hingga ke AUD20.00, malah ada juga masakan lauk campur dengan harga AUD10.00 untuk 3 jenis pilihan lauk dan 1 nasi.

2. Corica Pastries, Perth

Jika anda mahu mencuba pastri di Australia, anda boleh mencuba Corica Pastries yang terletak di Aberdeen Street. Kesemua pastri dibuat sendiri dan diyakini halal. Jangan lupa cuba Apple Strudle yang terbaik dari ladang dan beberapa biskut selain pastri.

3. Kaili’s Fish Market, Fremantle

Selain itu, jika anda mahu mencuba makanan laut di sana, anda boleh makan di Kailis’ Fish Market yang menggunakan bawang putih dan cuka bagi menggantikan alkohol dalam makanan.

Malah, anda boleh pilih seafood yang anda mahu dan mereka akan terus masak untuk anda. Walau bagaimanapun, harganya agak mahal iaitu bermula dari AUD11.00 hingga mencecah AUD80.00.

4. Nando’s, Malaga

Anda boleh makan di Nando’s jika mahu makan makanan yang anda biasa makan di negara tersebut. Anda boleh memesan menu makanan ayam seperti biasa dan harga pula bermula daripada AUD10.00 hingga AUD40.00 bergantung pada saiz pilihan makanan.

5. Mc’Donalds Malaga

McDonald’s Myaree

Untuk pengetahuan anda, Mcdonald’s Malaga merupakan satu-satunya cawangan McD halal di sana. Malah, sijil halal sudah terpapar di pintu masuk restoran makanan segera tersebut.

Walau bagaimanapun, mereka turut menjual pork burger tetapi usah khuatir kerana pihak McD menggunakan dapur berasingan untuk memasaknya.

Harga juga agak murah iaitu harga Mc Chicken bermula daripada AUD4.00 dan untuk Mc Deluxe pula sekitar AUD6.00.

Sumber: Nazrul Akram