London merupakan satu destinasi pilhan ramai dari dulu sehingga kini. Malah, rakyat Malaysia juga gemar melancong ke sana jika berkesempatan.

Anda mengalami kesukaran untuk mencari makanan halal? Usah risau kerana lima restoran di bawah ini merupakan antara restoran halal yang ada di sekitar London anda boleh cuba:

1. Tukdin Restaurant, Bayswater

Restoran Tukdin ini terletak kira-kira 300 meter dari Lancaster Gate Station. Mereka menyajikan masakan Melayu seperti Ayam Masak Merah, kuey teow goreng dan banyak lagi.

2. Makan Cafe, Notting Hill

Cafe ini pula terletak di bawah Westway flyover di Portobello Road Market. Agak jauh jika anda mahu berjalan kaki dari dari Notting Hill Gate Station tetapi lebih dekat jika berjalan dari Ladbroke Grove Station.

Mereka menyediakan sarapan pagi yang enak seperti Nasi Lemak, English Breakfast dan macam-macam lagi yang anda boleh cuba.

3. Banana Tree, Bayswater

Restoran ini merupakan makanan berkonsepkan indochina halal di Bayswater dan difahamkan cawangan di sana saja yang halal. Mereka ada makanan istimewa seperti Banana Tree House Combo.

4. The Canteen

Malaysia Hall Canteen sememangnya menjadi pilihan ramai kerana menyajikan masakan Malaysia. Jika rindu masakan Malaysia anda boleh singgah ke sana nanti.

5. Neds Noodle Box

Restoran ini terletak di Belvedere Rd dan berdekatan dengan London Eye. Di sini, mereka akan mengambil pesanan seperti restoran Subway di mana anda harus memilih jenis mee atau nasi, jenis sos, jenis daging dan kemudian mereka akan memasak makanan di depan pelanggan.

Sumber: Travelog Kembara Orang Johor