Pulau Jeju sentiasa menjadi tarikan pelancong dari pelbagai negara kerana ia mempunyai banyak destinasi pelancongan yang sesuai dikunjungi sepanjang empat musim.

Pulau itu yang dinamakan semula kepada Wilayah Istimewa Khas Jeju menawarkan pelbagai jenis restoran halal untuk pelancong beragama Islam yang melancong ke sana. Jadi, anda usah risau untuk mencari makanan halal di sana.

1. Bada Janchi, Tapdong-ro

Have Halal Will Travel

Restoran ini menyajikan hidangan istimewa makanan laut seperti ikan. Makanan dimasak menggunakan bahan tempatan supaya dapat memastikan makanan disajikan kepada pelanggan masih segar.

2. Mulmegaol, Beondaedong-gil

Jeju Weekly

Restoran ini lebih tertumpu kepada makanan sayur-sayuran, herba ubatan serta teh tradisional jika anda mahu mencuba hidangan tradisi Korea.

3. Daewonga, Donam-ro

Line 0820

Selain itu, restoran ini menawarkan sup abalon sebagai menu popular dan pelbagai makanan laut lain untuk anda yang mahukan hidang laut premium yang mesra Muslim.

4. Indian Kitchen (Bagdad House), Aewon-ro

Bukan sahaja terkenal dengan hidangan sedap, tetapi rekaan dalaman restoran ini cukup menarik seterusnya menjadikan ia restoran wajib dikunjungi jika anda ke sini. Difahamkan, hidangan yang disediakan oleh chef berasal dari Nepal ini memang menyelerakan.

5. Rajmahal, Singwang-ro

Jroc in Jeju

Rajmahal merupakan sebuah restoran India terletak di Persimpangan Jewon dan dinamakan sempena ibu kota Orissa dan istana India kuno. Hidangan popular di Rajmahal termasuklah kari, nan serta ayam tandoori.

Sumber: mStar