Perkara pertama yang menjadi keutamaan bagi pelancong beragama Islam ialah mencari tempat makan halal di sekitar destinasi percutian mereka.

Tak ramai yang tahu sebenarnya ada beberapa restoran halal di Macau, China. Oleh itu, kami sediakan lima restoran halal yang anda boleh cuba di Macau:

1. Grand Coloane Resort

Di sini, mereka menyajikan makanan Malaysia untuk mereka yang tak boleh kalau tak makan makanan Malaysia. Menurut sumber, mereka mengesyorkan anda cuba nasi beriani ayam di sini. Jangan risau, makanan di sini sudah semestinya halal.

2. Taste of India

Pergi China tapi makan makanan India? Tidak apa asalkan ianya halal dan mengenyangkan. Terdapat beberapa menu menarik di sini terutama Indian Chicken Tikka, Tomatoes Soup dan Portuguese Seafood Stew.

3. Indian Garden

Jika anda mahu makan yang ringan-ringan, anda boleh makan di sini kerana mereka ada menyediakan naan cheese serta ayam garlic butter yang menarik.

4. Aruna Maharaja Indian Curry

Untuk pengetahuan anda, restoran ini adalah restoran pertama di Macau yang memperkenalkan masakan berkari. Digelar The Curry Queen of Macau, jangan lupa cuba nasi beriani, Chicken Tikka dan yang paling wajib Kheer.

5. Indian Spice Restaurant

Difahamkan, semua makanan di sini enak-enak belaka. Jika anda penggemar daging kambing, anda boleh makan Keema Matar (Minced lamb and peas) dan Onion Kulcha (Soft bread stuffed with spiced onions).

Sumber: Budak Pacak