Sempena perayaan Tahun Baru Cina yang bakal tiba minggu depan, pasti ada di antara kita menerima banyak undangan makan Yee Sang bersama rakan sekerja.

Namun, ada juga persoalan seperti restoran mana yang menyediakan makanan Cina Halal untuk menikmati Yee Sang dan makanan lain buat orang Muslim. Berikut kami kongsikan lima jenis restoran Cina yang halal sesuai untuk anda:

1. Tung Yuen Chinese Restaurant

IG foodmsia

Chef restoran makanan Cina Tung Yuen, Patrick Ng, sudah lama memasak masakan halal Cina iaitu selama 10 tahun, jadi anda tidak perlu bimbang mengenai rasa makanan di restoran ini kerana ia sememangnya bagus seperti di restoran-restoran makanan Cina yang lain.

Selain itu, anda boleh cuba dim sum di restoran ini kerana harganya dikatakan berbaloi. Usah risau, restoran makanan Cina ini mempunyai status Halal.

Alamat: Tung Yuen Chinese Restaurant, Level 1, Grand BlueWave Hotel Shah Alam, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor.

2. Mohammad Chow Chinese Muslim Kitchen

IG imaninanoh

Pelbagai menu menarik ada disediakan di restoran makanan Cina Muslim ini bakal membuatkan air liur anda meleleh! Antara menu yang ada ialah ayam marmite, ketam kam heong, ayam buttermilk, kerabu mangga ikan dan banyak lagi.

Malah, di sini juga menyediakan salmon Yee Sang untuk anda yang mahu makan bersama keluarga atau rakan-rakan. Menariknya!

Alamat: 3-1, Jalan PJU 8/5H Damansara Perdana Business Centre, Petaling Jaya.

3. Muhibbah Seafood Restaurant

IG ezleendaesmaeel

Popular sejak tahun 1980-an, restoran Muhibbah sememangnya menjadi pilihan ramai untuk makan besar bersama keluarga kerana ruang restoran yang besar selain tempat letak kereta yang mencukupi.

Di samping itu, harga hidangan dikatakan sentiasa berpatutan dan mempunyai pelbagai saiz hidangan yang sesuai untuk anda sekeluarga.

Alamat: Lot. 2851, Jalan Seri Penchala, Kg. Sg. Penchala, Kuala Lumpur.

4. Amber Chinese Muslim Restaurant

IG sharifahnaasyidah

Pemilik restoran Amber Chinese Muslim yang berasal dari Lanzhou, China, telah memeluk agama Islam sejak dulu ini menyediakan hidangan makanan yang mempunyai rasa sangat asli seperti mee buatan sendiri (mee tarik), itik panggang ala Beijing, kebab kambing dan banyak lagi.

Alamat: Unit – 1-14, Level 1, Nexus Bangsar South, No. 7, Jalan Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur.

5. Jibby Chow

IG selinajiayin_

Jika anda belum tahu, sebenarnya ‘mastermind’ di sebalik restoran Cina halal kontemporari ini adalah orang-orang ‘kuat’ di belakang Jibby & Co dan Serai.

Jangan lupa untuk mencuba hidangan istimewa di sini seperti itik panggang pedas, ‘lobster Boston’ sos cili buatan mereka dan banyak lagi.

Alamat: Lot G-02, SS15 Courtyard (dulu dikenali sebagai First Subang), Jalan SS15/4G, 47500 Subang Jaya.

Sumber: Have Halal Will Travel