Lima rakyat Malaysia masih menerima rawatan di hospital berikutan kejadian kebakaran di sebuah hotel di Sadao, Songkhla, Selatan Thailand, semalam.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd Afandi Abu Bakar, menjelaskan bahawa tiga mangsa menerima rawatan di Hospital Hatyai manakala dua lagi di Hospital Songkhla.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, seorang mangsa berada dalam keadaan serius manakala empat lagi dalam keadaan stabil,” katanya.

sinarharian.com.my

Difahamkan, pihak Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla telah melawat mangsa di hospital hari ini.

Dalam kejadian 8.25 pagi (waktu tempatan), 15 orang rakyat Malaysia dilaporkan terbabit dalam kebakaran tersebut.

Sementara itu, Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya, memberitahu bahawa kebakaran di hotel itu berkemungkinan berpunca daripada litar pintas dan menolak dakwaan sabotaj atau serangan pengganas.

Sumber: Astro Awani & Bernama