Apabila demam, kita akan mengalami sakit tekak, hidung berair dan perkara paling susah untuk sembuh ialah batuk.

Kadang-kadang berbulan lamanya batuk tidak sembuh dan ini membuatkan anda tidak selesa melakukan kerja seharian.

Apa kata anda cuba petua-petua orang lama bagi menghilangkan batuk. Mana tahu ada yang berkesan untuk anda.

1. Tidur pakai bantal tinggi

Sebenarnya, tidur menggunakan bantal tinggi membantu mengurangkan batuk anda. Bila kahak di tekak berkumpul, ia akan membuatkan kita rasa tak selesa dan kerap batuk.

Jadi, dengan posisi kepala yang lagi tinggi dari bantal, akan membuat lendir di tekak dan hidung berpindah dari saluran pernafasan tersebut.

2. Makan madu

Madu dikatakan sangat berkesan untuk melegakan batuk dan sakit tekak kerana ia melembapkan tekak yang kering dan gatal dengan fungsi hidrasinya.

Ambil segelas air suam dan campurkan sesudu madu dan minum. Anda boleh ulangi cara ini sebanyak 2 atau 3 kali sehari untuk mengekalkan kelembapan tekak. Nak lagi sedap, anda juga boleh campurkan madu dengan segelas teh lemon.

3. Berendam dalam air panas

Mandi dengan air hangat juga digalakkan bagi mereka yang batuk berpanjangan, kerana wap panas membantu melonggarkan sinus dan melancarkan sistem pernafasan serta tekak.

4. Buah badam & mentega

Badam sebenarnya terkenal sebagai penawar batuk kerana khasiat dan kelembapannya yang membantu meredakan sakit tekak.

Ambil 5-8 biji buah badam, rendamkannya di dalam air dan campurkan dengan sedikit mentega sehingga menjadi paste. Kemudian, makan dan amalkan sehari, tiga kali.

5. Limau nipis & kicap

Petua ini dikatakan popular dalam meredakan batuk. Anda hanya perlu perahkan sebiji limau nipis ke atas sesudu kicap, campurkan dan minum. Anda juga boleh ulangi cara ini banyak kali hingga batuk hilang.

Sumber: Sirap Limau