Wanita wajib menutup aurat apabila sudah mencapai umur akil baligh. Kini, semakin ramai yang berhijab dan ramai hijabista dijadikan idola oleh sesetengah wanita kerana pandai menggayakan tudung dengan pakaian mereka.
Walau bagaimanapun, pemakaian tudung dilihat seperti berfesyen semata-mata tanpa menutup aurat dengan betul.
Terdapat beberapa perkara yang wanita berhijab selalu terlepas pandang dan antaranya ialah:
1. Rambut terkeluar
Bertudung tetapi rambut terkeluar adalah kesalahan yang sering dilakukan oleh wanita berhijab. Sehelai rambut dilihat oleh lelaki bukan mahram, satu dosa kita akan dapat. Renung-renungkanlah.
2. Tudung singkat dan nipis
Tudung singkat, nipis, hingga menampakkan leher serta dada seakan menjadi trend terkini berikutan ramai memuji mereka yang memakai tudung sebegini.
3. Bertudung tapi nampak lengan
Ada sesetengah wanita gemar memakai tudung dengan mengenakan baju berlengan pendek hingga menampakkan tangan. Hukum memakai tudung dengan baju lengan pendek masih lagi dikira sebagai tidak menutup aurat dengan betul. Seeloknya pakai baju lengan pendek dengan jaket atau cardigan.
4. Sanggul tinggi
Selain itu, ada juga yang suka mengikat rambut hingga dilihat seperti bonggol unta. Tahukah anda, sebenarnya fesyen tudung bonggol unta adalah haram?
5. Nampak kaki
Kaki juga sebenarnya adalah aurat wanita yang harus dijaga sebaiknya dan anda perlu menutupnya dengan sempurna contohnya dengan memakai stokin.
Sumber: Hijabista