Ada beberapa perangai ‘buruk’ yang kita sering lakukan dalam kehidupan seharian sebenarnya dilihat baik di negara luar seperti sendawa di meja makan, bunyi hirup kuah yang kuat, datang lambat dan sebagainya.

Oleh itu, kami kongsikan beberapa jenis kelakuan tidak sopan yang anda mungkin boleh lakukan sekiranya sedang bercuti di luar negara.

1. Sendawa

Kita sedia maklum bahawa bunyi sendawa adalah tidak sopan, namun sendawa selepas makan adalah satu bentuk pujian yang bermaksud anda menyukai makanan yang dimakan jika anda berada di negara China dan Taiwan. Ini kerana tuan rumah akan menganggap bunyi sendawa tersebut satu pujian terhadap mereka.

2. Bunyi hirup kuah yang kuat

Selain itu, bunyi hirup kuah yang kuat atau slurping sebenarnya dianggap sopan jika anda berada di Jepun. Malah, ia juga bermaksud makanan yang dimakan sangat enak dan anda sangat menikmatinya. Tetapi, seeloknya anda google cara pemakanan di negara yang bakal dilawati sebelum slurping kerana ia dilihat tidak sopan di kebanyakan negara Asia.

3. Asingkan bil

Kita sudah terbiasa mengasingkan bil ketika keluar makan bersama rakan-rakan di sini, namun perbuatan itu adalah satu tindakan yang tidak sofistikated jika anda berada di Perancis. Anda hanya boleh menawarkan untuk bayar keseluruhan bil atau membiarkan orang lain bayar bil tersebut.

4. Datang lambat

Di Malaysia, kita diajar supaya datang tepat pada waktunya atau datang awal. Namun, berbeza di India dan Venezuela apabila mereka boleh terima jika kita lambat 15 minit atau 30 minit daripada temujanji yang ditetapkan kerana mereka lebih santai tentang masa dan memahami.

5. Makan makanan jatuh ke lantai

Pelik tapi benar, beberapa buah negara di Timur Tengah akan makan makanan yang telah jatuh ke lantai selepas diangkat, dicium serta ditepuk ke dahi sebelum diletakkan ke atas pinggan untuk menunjukkan rasa hormat terhadap makanan dan pembuatannya.

Sumber: Wanista