Wanita dan cantik memang tak dapat dipisahkan. Kaum ini sanggup membuat apa saja untuk mendapatkan tubuh badan yang diingini, kelihatan cantik, sihat dan tiada cacat cela.

Kami kongsikan lima jenis penyakit yang selalu menyerang wanita dan dalam senarai ini, penyakit yang manakah paling ditakuti oleh wanita?

1. Depresi

kayefrankcom.com

Wanita lebih terdedah dengan penyakit depresi atau lebih dikenali sebagai kemurungan. Ini kerana sistem hormon wanita membuatkan mereka cepat gelisah, cepat mengeluh, kurang keyakinan diri dan selalu menangis.

2. Kencing kotor

mamaaja.sk

Untuk pengetahuan anda, penyakit ini selalu terjadi kepada golongan wanita. Tanda anda terkena penyakit ini adalah berasa sakit ketika membuang air kecil. Ia terjadi akibat jangkitan bakteria dan anda dinasihatkan pergi ke klinik dan dapatkan ubat antibiotik selepas berjumpa doktor.

3. Haid tak teratur

blog.udenz.ae

Setiap wanita pasti berdepan kitaran haid setiap bulan kecuali mengandung. Anda pasti tidak suka kitaran haid tidak teratur dan risau jika berlaku kerana ia boleh menjadi tanda-tanda kanser serviks.

4. Kanser

d-healthcare.co.jp

Kanser merupakan penyakit yang paling ditakuti oleh wanita. Antara kanser yang selalu menyerang wanita ialah kanser payudara, serviks, paru-paru dan banyak lagi. Lakukan pemeriksaan awal supaya anda dapat mengelak ia daripada terjadi kepada anda.

5. Obesiti

rojakdaily.com

Suka makan tapi mahu sentiasa kurus merupakan impian bagi setiap wanita. Wanita zaman sekarang lebih mudah terdedah dengan penyakit obesiti kerana terlalu banyak lambakan makanan segera dan makanan tidak sihat di sekeliling kita. Rajin-rajinlah bersenam dan amalkan makan makanan sihat jika anda tidak mahu mendapat penyakit obesiti.

Sumber: Merdeka.Com