Jadual anda pastinya penuh dengan jemputan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri daripada keluarga terdekat dan rakan-rakan.

Untuk pengetahuan anda, walaupun kita dijemput untuk datang ke rumah mereka, kita juga harus menjaga adab dan tatasusila apabila berada di rumah orang. Berikut merupakan lima pantang larang beraya yang anda boleh elakkan jika pergi beraya:

1. Jangan jadi makcik bawang

Seperti semua sedia maklum, golongan makcik bawang memang “kurang” diminati oleh tuan rumah mahupun tetamu lain. Jangan sibuk tanya soalan sensitif seperti bila nak kahwin, bila nak ada anak, bila mahu tambah anak kerana ia akan membuatkan orang menyampah dengan anda.

2. Jangan buka sampul raya depan tuan rumah

Perhatian untuk ibu bapa, anda boleh nasihatkan anak-anak anda sebelum pergi beraya supaya jangan buka sampul raya di depan tuan rumah kerana ia kelihatan tidak manis. Balik nanti kan boleh tengok berapa Ringgit dapat.

3. Pam tandas lepas guna

Walaupun ia tak berapa penting, tetapi harus diingatkan supaya orang selepas anda selesa untuk menggunakan tandas. Dah la guna tandas rumah orang lain, lepas tu tak mahu pam tandas pula.

4. Jangan datang rumah awal sangat

Kadang-kadang lebih bagus jika kita menepati masa yang diberikan atau lewat sedikit supaya dapat memberi masa untuk tuan rumah menyediakan makan minum atau kemas rumah. Datang awal nanti hidang kuih raya dengan air kordial jela.

5. Jangan terus masuk bahagian dapur

Kadang-kadang bahagian dapur agak sensitif untuk golongan perempuan kerana masa ini la mereka sibuk menyiapkan pelbagai juadah untuk dihidangkan kepada tetamu. Tambah pula dapur tengah tak terurus, lagi la mereka tak mahu anda masuk.