Banyak aspek perlu diambil kira semasa kita merancang percutian dan apakah destinasi yang sesuai untuk pelancong agama Islam melancong merupakan faktor penting dalam pilihan destinasi percutian.

Kini, sudah terdapat banyak negara yang menyediakan penginapan, makanan dan perkhidmatan untuk memudahkan pelancong Muslim bercuti dengan gembira.

Selain negara-negara popular yang mesra-Muslim atau Muslim-friendly anda biasa dengar, kami berikan lima negara mesra-Muslim yang mungkin anda belum tahu lagi di bawah ini:

1. Maldives

Sebahagian rakyat Malaysia mungkin sudah tahu bahawa pulau Maldives adalah sebuah negara Islam yang mempunyai 100 peratus populasi Islam.

Maldives terkenal sebagai destinasi percutian kerana air laut yang sangat jernih, chalet atau resort di atas air dan pemandangan yang menakjubkan.

Untuk pengetahuan anda, pulau Male antara pulau terkenal di sini. Jangan risau, pulau tersebut melarang pelancong memakai bikini, tiada minuman alkohol, bercumbuan dan memancing untuk menjaga ekosistem mereka.

2. Australia

Terdapat hampir 1 juta penduduk Islam di negara ini dan kebebasan beragama serta kemudahan awam yang mudah didapati menjadikan ia negara mesra-Muslim.

Difahamkan, pengaruh Islam dibawa oleh pendatang asing yang sudah lama menetap dan berkahwin di sana. Kebanyakan orang Arab tempatan memiliki tanah untuk perusahaan buah-buahan dan makanan.

3. Kazan, Rusia

Ramai tidak tahu bahawa Rusia mempunyai banyak senibina Islam yang terdapat pada masjid di Kazan. Anda boleh hayati dan fahami sejarah yang ada di sana. Untuk pengetahuan anda, masjid Qolsharif adalah masjid yang terbesar di Eropah (selain Istanbul).

4. Cape Town, Afrika Selatan

Bandar Cape Town dikategorikan sebagai mesra-Muslim kerana penduduk Muslim banyak mendiami di kawasan kawasan Bo Kaap. Malah, terdapat sembilan buah masjid di sana.

5. Sepanyol

Sepanyol masih lagi kekal sebagai negara yang ramah Muslim di Eropah. Selain itu, mereka banyak mengekalkan elemen-elemen Islam dalam seni dan kebudayaannya.

Selain itu, kerajaan negara itu sedar mengenai kepentingan pelancong Muslim dan mereka boleh memiliki rumah kedua di Eropah sehingga dapat mengembangkan sektor pelancongan halal di sana.

Sumber: Stail.my