Kadangkala kita tidak tahu makanan apakah yang sesuai untuk mereka yang sedang berdiet kerana kebanyakan makanan mempunyai kandungan perisa(MSG) yang tinggi.

Oleh itu, apa kata anda cuba resepi daripada Facebook Coach Yatie Nadzli, mana tahu anda lebih bersemangat untuk memasak dan dapat makan makanan sihat yang sedap-sedap.

1. Ayam kukus halia bergajus

Bahan
Isi Ayam bahagian dada yang telah dibuang kulit
Bawang Putih yang dihiris halus
Bawang Merah dihiris nipis
Brokoli
Bunga kubis
Cendawan dan Kulat Hitam
Serai yang dihiris halus
Kacang Peas
Capsicum dihiris
Gajus
Garam dan lada sulah secukup rasa

Cara-Cara
– Gaulkan ayam dengan garam dan lada sukah secukup rasa.
– Tabur halia, bawang putih, brokoli, kacang peas, bunga kubis, cendawan dan kulat, serai, capsicum, gajus dan bawang merah di atas ayam.
– Kukus 15-20 minit.

2. Kerabu ayam tomato

Bahan
Isi Ayam yang telah direbus dan diracik halus
Bawang Besar dihiris nipis
Tomato dihiris nipis
Cili Padi
Air asam jawa
Garam dan Gula secukup Rasa
Air perahan limau kasturi

Cara-Cara
– Gaul kesemua bahan.
– Perah limau kasturi.
– Masukkan gula dan garam secukup rasa.

3. Ayam panggang rempah kari

Bahan
Isi Ayam yang telah dibasuh dan dibuang kulit
Kunyit dan garam
Sedikit cili kering yang telah dikisar
Rempah kari
Daun kari
Halia

Cara-Cara
– Gaul isi ayam bersama kunyit dan sedikit garam.
– Masukkan satu sudu besar cili yang telah dikisar.
– Gaul bersama halia dan satu sudu besar rempah kari.
– Daun kari dan halia untuk naikkan aroma.
– Panggang dalam magic pan selama 7-10 minit.

4. Tomyam putih ala Thai

Bahan
Isi Ayam yang telah dibasuh dan dibuang kulit
2 Batang Serai dipotong serong
Seinci Halia dihiris nipis
Sedikit Lengkuas dihiris nipis
Daun Limau Purut
Lobak Merah
Tomato
Bunga Kubis
2 biji bawang besar dibelah empat
Kulat / Cendawan
Cili Padi
Garam secukup rasa

Cara-Cara
– Rebus isi ayam.
– Masukkan bawang besar, halia, lengkuas, serai.
– Kemudian masukkan daun limau purut, cili padi dan lobak merah. Biarkan untuk beberapa minit.
– Akhir sekali, masukkan kulat atau cendawan, bunga kubis dan tomato.
– Jangan lupa garam secukup rasa.

5. Tauhu ayam sumbat

Bahan
Isi Ayam yang telah direbus dan ditumbuk lumat
Taugeh
Carrot yang dihiris halus
Garam
Lada sulah
Tauhu
Daun bawang yang dihiris halus

Cara-Cara
– Gaulkan isi ayam, carrot, taugeh, daun bawang, lada sulah dan garam sehingga sebati.
– Potong tauhu menyerong dan sumbatkan bahan-bahan yang telah digaul di bahagian tengah tauhu.
– Kukus selama 5-8 minit.

Sumber: Sirap Limau