Selepas cuti sekolah bermula sejak hujung minggu lepas, golongan ibu bapa tidak melepaskan peluang ini dengan membawa anak-anak tersayang membeli baju raya walaupun tinggal dua hari saja lagi sebelum kita menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Berikutan itu, kami kongsikan lima lokasi popular untuk anda beli baju raya di saat akhir! Harap-harap sempat lagi anda sediakan kelengkapan raya untuk keluarga tersayang.

1. Seksyen 7, Shah Alam

yum-mirza.blogspot.com

Sudah semestinya Seksyen 7, Shah Alam, menjadi pilihan kebanyakan ibu bapa malah pelajar universiti untuk membeli kelengkapan raya kerana terdapat pelbagai butik pakaian terkenal di sana.

2. Jakel Mall

urbanisma.com.my

Untuk pengetahuan anda, baju raya di Jakel memang banyak yang menarik terutama dari jenama selebriti tempatan. Kalau mahu merasa memakai baju raya jenama selebriti, jangan lupa serbu Jakel Mall.

3. PKNS Bangi

focusmalaysia.my

Kini, PKNS Bangi turut menjadi tumpuan warga Selangor untuk membeli-belah terutama ketika menjelang perayaan kerana terdapat pelbagai jenama butik popular di laman sosial turut terdapat di sana.

4. PKNS Shah Alam

sinarharian.com.my

Sudah menjadi rutin bagi warga Shah Alam untuk membeli kelengkapan raya di PKNS Shah Alam ini kerana murah, banyak pilihan dan pelbagai barang dijual seperti kasut, tudung, aksesori pakaian dan sebagainya.

5. Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR)

utusan.com.my

Jalan TAR menjadi tumpuan warga kota untuk mencari baju raya pada setiap tahun tanpa rasa jemu walaupun sanggup bersesak dengan orang ramai. Ini kerana terdapat banyak pilihan kelengkapan raya dijual pada harga yang berbaloi dan anda juga boleh beli kuih raya jika masih mencari kuih raya di saat akhir puasa.