Thailand merupakan destinasi pilihan ramai rakyat Malaysia kerana mereka gemar melancong ke negara jiran tersebut. Jika anda berhasrat untuk memandu atau menunggang motosikal ke sana, anda wajib mengetahui larangan negara tersebut dan undang-undang asas memandu atau menunggang motosikal.

Satu bengkel “How to Ride and Drive Safe in Thailand” anjuran Malaysia-Thailand Riders Association (MALTHA) yang diadakan di Songkhla, Thailand, memberi penjelasan mengenai undang-undang negara Thailand yang anda wajib patuhi ketika berada di sana. Antaranya termasuklah:

1. Tidak boleh merokok di pantai

2. Tidak boleh bawa masuk e-cigarettes atau vape

3. Tidak boleh bawa walkie-talkie

4. Beli insurans kenderaan

5. Isytihar kenderaan di pintu masuk

“Bagi yang memandu atau menunggang motosikal pula, mereka digalakkan membeli insurans dan mengisyithar kenderaan di pintu masuk. Mengetahui undang-undang asas serta larangan yang dilaksanakan di Thailand adalah penting agar pengunjung boleh merancang perjalanan selain terlindung sekiranya berlaku sebarang musibah,” ujar Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd Afandi Abu Bakar.

Tidak kira kita melancong ke negara mana sekalipun, kita wajib mematuhi peraturan negara berkenaan dan boleh dikenakan tindakan jika melanggar peraturan.

Sumber: Astro Awani & Bernama