Kadangkala kita tak sedar bahawa kita sebenarnya mengumpul barang yang tak diperlukan dalam rumah hingga menyebabkan rumah kelihatan bersepah dengan barang-barang tak digunakan.

Terdapat beberapa kesan buruk akibat tabiat ini yang anda akan lalui jika anda salah seorang yang suka menyimpan terlalu banyak barang dalam rumah iaitu:

scarymommy.com

1. Parah tertekan

Jika kita menyimpan barang terlalu banyak, kita pasti akan tertekan kerana rumah kelihatan bersepah walaupun sudah berkali-kali kemas. Rumah sepatutnya menjadi tempat untuk kita menghilangkan tekanan di tempat kerja tetapi apa yang berlaku sebaliknya pula.

good2grand.com

2. Kuat makan

Bukan itu saja, kajian turut mendapati mereka yang suka menyimpan barang banyak dalam rumah akan mengalami tekanan hingga mengganggu pola pemakanan mereka. Mereka lebih cenderung mengunyah snek walaupun tidak lapar.

myfrenchphysio.london

3. Kurang produktif

Selain itu, anda akan berpotensi untuk menjadi kurang produktif apabila melihat keadaan rumah yang tak terurus dan bersepah dan hilang fokus terhadap sesuatu perkara.

wordpress.com

4. Memencilkan diri

Malah, anda akan lebih gemar memencilkan diri dari orang ramai kerana tabiat anda yang suka menyimpan terlalu banyak barang dalam rumah hingga menyebabkan ahli keluarga yang lain tidak selesa dan menjauhkan diri daripada anda.

stopbluegrasspipeline.us

5. Mudah lupa

Anda juga akan menjadi seorang yang mudah lupa kerana rumah terlalu banyak barang hingga anda lupa di mana anda menyimpan sesuatu barang. Bayangkan jika anda dalam keadaan kecemasan, mesti susah nak cari barang.

Kesimpulannya, anda harus buang tabiat suka menyimpan banyak barang ini kerana ia juga merupakan satu keadaan psikiatri dipanggil ‘hoarding disorder’. Banyak keburukan dari kebaikan jika anda meneruskan tabiat ini.

Sumber: Wanista