Para peminat drama Korea pasti terliur jika ada scene pelakon makan mee segera mereka yang dikenali sebagai ramyeon atau ramen itu.

Namun, peminat Korea yang beragama Islam pasti akan berhati-hati ketika mencari ramyeon halal kerana tak semua ramyeon halal di pasaran. Jom kita lihat beberapa jenis ramyeon halal yang anda boleh cuba:

1. Samyang Spicy Ramen

Ig @yang_yangg

Pasti ramai yang sudah mencuba mee segera Korea paling popular ini kan? Kini lebih mudah untuk mencari Samyang Spicy Korean Noodles di pasaran berbanding dulu dan sesiapa yang tak tahan pedas anda dinasihatkan sedia air minuman banyak sebelum makan.

2. Samyang 2X Spicy Ramen

Ig @lolabristow

Jika anda rasa tahap kepedasan Samyang itu biasa-biasa dan mahukan yang lebih pedas, kini Samyang 2X Spicy Ramen muncul untuk mereka yang suka makan pedas. Hati-hati takut lidah anda terbakar!

3. Samyang Cheesy Ramen

Ig @nars101

Selain itu, Samyang Cheese menjadi “kegilaan” orang ramai kerana gabungan pedas dan masin membuatkan ia diminati. Tambah telur mata confirm lagi sedap!

4. Nongshim Shin Ramyun

Ig @iamwhemmy

Sebelum kehadiran Samyang, Nongshim Shin Ramyun terlebih dulu mencipta popularitinya yang tersendiri kerana ia juga pedas dan menyelerakan. Namun, anda perlu berhati-hati ketika membeli kerana ramen jenis ini diimport daripada beberapa negara jadi pastikan ada tanda halal sebelum membelinya.

5. Kimchi Ramen

Ig @newrulekpop94

Bagi rakyat Korea, kimchi merupakan side dish yang wajib ada semasa makan. Kimchi Ramen ini dikatakan mempunyai rasa seperti kimchi yang sebenar dan anda boleh membeli kimchi di kedai dan makan sekali dengan mee segera ini.

Apa yang paling penting, anda harus menyemak setiap mee segera jika ada logo halal Korea Muslim Federation Halal Committee atau tidak sebelum membelinya.

Sumber: Have Halal Will Travel