Ramai di luar sana mengalami masalah lemak berlebihan di tubuh badan. Ada yang mengambil pendekatan dengan bersenam, mengawal jumlah kalori serta mengamalkan gaya hidup yang sihat namun masih bergelut dalam mengurangkan berat badan serta lemak berlebihan.

Oleh itu, anda boleh mencuba lima jenis makanan di bawah ini dalam ‘perjuangan’ untuk mendapatkan berat badan ideal kerana makanan-makanan ini amat membantu membakar lemak di tubuh badan anda. Jom cuba!

Telur

via GIPHY

Telur adalah sumber makanan yang kaya dengan protein serta rendah kalori. Malah, ia membantu membina otot badan anda di kerana ia merupakan kolestrol yang baik. Kebanyakan mereka yang berdiet mengambil telur di dalam makanan mereka.

Epal

via GIPHY

Buah epal merupakan salah satu buah-buahan yang kaya dengan bahan antioksidan dan suplemen lain. Apa yang penting, ia mengandungi Pectin yang membantu mengurangkan sel lemak dalam tubuh.

Bawang putih

via GIPHY

Selain itu, bawang putih mengandungi Allicin, iaitu bersifat anti bakteria yang membantu mengurangkan kadar lemak selain menghapuskan kolestrol jahat.

Dark chocolate

via GIPHY

Coklat merupakan makanan paling digemari oleh golongan wanita. Untuk pengetahuan anda, dark chocolate mengandungi Flavonoids, iaitu anti radang di mana ia membantu mengurangkan kadar kolesterol di dalam badan. Selain itu, ia turut meningkatkan pertumbuhan serotonin di dalam darah serta membakar lemak.

Cili

via GIPHY

Perhatian untuk penggemar makanan pedas, bahan kimia yang dikenali sebagai capsaicin yang terdapat pada cili dikatakan membantu membakar kalori dalam badan. Menurut kajian, makanan pedas mampu meningkatkan tahap metabolisma anda sehingga 25 peratus selama tiga jam selepas anda makan. Jadi, anda boleh menambah cili sebagai penambah perasa dalam makanan diet harian anda. Selain pedas, ia dapat membantu meningkatkan selera bagi mereka yang kurang menggemari makanan tawar.

Sumber: Hijabista