Kita baru beberapa hari berpuasa dan pastinya ramai yang masih sedang menyesuaikan diri bangun awal pagi untuk bersahur dan adakalanya terlajak tidur hingga tak sempat untuk menjamah makanan kerana sudah imsak.

Jika anda tak mahu terlepas sahur, apa kata anda sediakan beberapa jenis lauk ringkas di bawah ini yang untuk bersahur kerana kebanyakannya cepat siap dan boleh dimasak awal:

1. Nasi, telur & kicap

Gabungan nasi putih, telur goreng mata dan kicap semestinya menjadi kegemaran rakyat Malaysia kerana rasanya enak, murah serta mudah untuk disiapkan. Anda hanya perlu goreng telur saja jika mahu bersahur. Mudah bukan?

2. Ikan bilis goreng rangup

Ikan bilis goreng rangup bersama kicap atau tidak, dua-dua enak dimakan semasa panas. Hanya tumis bawang dan goreng ikan bilis hingga rangup kemudian makan bersama nasi putih atau roti. Memang kenyang!

3. Sardin

iresipi.com

Lauk ini menjadi pilihan jika terlewat bangun sahur kerana cara penyediaan yang mudah dan sedap. Siap boleh tambah nasi tiga kali walaupun mengantuk.

4. Sambal hitam Pahang

youtube.com

Anda boleh masak sambal hitam Pahang ini awal dan ia tahan hingga beberapa minggu mengikut cara penyimpanan anda. Bangun tidur dan terus ambil nasi serta sambal hitam kemudian boleh terus makan.

5. Ikan pekasam goreng

Keenakan ikan pekasam goreng tak dapat dinafikan lebih-lebih lagi dimakan bersama nasi putih panas-panas. Dah la mudah dan cepat masak, sedap pula tu!

Sumber: Iluminasi