Tak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadan dan pastinya anda akan membuat persediaan awal dengan membeli buah kurma untuk dimakan semasa berbuka nanti.

Terdapat 1,400 jenis kurma di seluruh dunia namun beberapa jenis sahaja diimport ke Malaysia berdasarkan kualiti. Di bawah ini merupakan lima jenis buah kurma yang popular di Malaysia:

1. Kurma Ajwa

penulispro.com

Kurma ini dikatakan hanya tumbuh di Madinah sahaja dan menjadi kegemaran Nabi Muhammad SAW. Tekstur kurma Ajwa adalah lembut dan rasanya tak terlalu manis.

2. Kurma Sekki

Ia mempunyai dua warna yang berbeza di mana bahagian atas kurma berwarna agak cerah berbanding bahagian bawahnya berwarna gelap sedikit seperti warna coklat gelap.

Teksturnya pula agak keras di bahagian berwarna cerah manakala bahagian gelap agak empuk dan rasanya tak terlalu manis serta tak terlalu tawar.

3. Kurma Barhi

hangat.com

Kurma Barhi berwarna coklat merah dan mempunyai tekstur yang lembut. Rasanya juga tak terlalu manis seperti perisa karamel.

4. Kurma Khidri

aremafood.com

Selain itu, kurma jenis ini pula berwarna agak gelap iaitu seperti warna maroon atau merah tua. Namun, teksturnya lebih kering dan rasanya tak terlalu manis.

5. Kurma Siraj

mejatulis.my

Malah, kurma Siraj juga berwarna coklat kemerahan dan berbentuk lonjong. Namun, teksturnya lembut dan rasanya juga manis.

Sumber: Sentiasa Panas