Setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza dan disebabkan itu, pelbagai jenis kurma dijual di pasaraya dan kedai-kedai menjual kurma.

Dalam banyak-banyak jenis kurma, terdapat lima jenis kurma paling popular di Malaysia iaitu:

1. Ajwa

bobo.grid.id

Kurma ini merupakan kegemaran Nabi dan berasal dari Madinah. Ia juga menjadi kegemaran umat Islam seluruh dunia kerana mempunyai tekstur lembut dan rasanya manis.

2. Majdoul

tokopedia.com

Kurma Majdoul atau Medjool ini hanya tumbuh di negara beriklim panas seperti di Timur Tengah dan Afrika. Rasanya sederhana manis dan berlemak serta bersaiz besar sedikit daripada kurma biasa.

3. Safawi

kurmamaryam.blogspot.my

Kurma ini popular di Madinah dan Mekah. Ia mudah didapati kerana pokoknya senang berbuah. Isinya rasa seperti kurma Ajwa.

4. Khodry

blanja.com

Warnanya agak terang berbanding kurma lain dan isinya kenyal sedikit.

5. Mabroom

alarif.com.my

Kurma jenis ini saiznya lebih kurus panjang dan padat. Ia kaya dengan serat, vitamin, dan mineral. Malah, harganya agak mahal kerana ia dikatakan kurma jenis premium. Rasanya tak terlalu manis dan tekstur sedikit liat.

Sumber: Kiosk Makanan Sunnah