Travel bersama rakan memang meriah berbanding travel solo kerana anda akan berkongsi banyak perkara dengan mereka sambil melayan kerenah masing-masing.

Namun, ada beberapa jenis kawan yang anda harus elak sebelum mengajak mereka travel bersama anda kerana ia boleh buat anda hilang ‘mood’ untuk bercuti.

1. Bangun lambat

Bagaimana mahu travel bersama jika rakan anda seorang yang sukar bangun awal pagi? Waktu paling penting semasa travel mestilah waktu pagi dan jika ada yang bangun lambat, semua perancangan aktiviti akan terganggu.

2. Tak suka ikut plan

Jika rakan terus menolak plan anda, mungkin anda juga harus terus tinggalkannya dan travel bersama rakan lain yang lebih sesuai.

3. Emosi tak menentu

Bila emosi terganggu, mula la mahu batalkan setiap aktiviti yang telah dirancang sejak awal lagi hanya kerana tiada mood. Anda akan rugi masa dan tenaga jika bawa rakan yang kuat emosi.

4. Mahu jadi ketua

Susah juga jika travel bersama kawan yang sentiasa mahu anda mendengar katanya sepanjang masa. Dia saja yang mahu merancang aktiviti seharian dan anda tidak dapat buat atau pergi ke mana anda suka. Berbincang lebih baik daripada terus buat keputusan tanpa bertanya apa-apa.

5. Suka cari tandas

Selain itu, kawan yang suka ke tandas juga akan membuatkan perjalanan anda lambat dan kemudiannya lambat sampai ke destinasi. Kalau asyik ke tandas setiap 10 minit, bila mahu sampai ke destinasi kan?

Sumber: Wanista