Sejak kebelakangan ini kita lihat semakin banyak barangan kosmetik jenama antarabangsa tiruan dijual secara terang-terangan terutama di pasar malam, uptown/downtown, malah kadang-kadang ada dijual secara online dengan harga sangat murah.

Untuk pengetahuan anda, mekap tiruan adalah sangat berbahaya kerana bahan yang digunakan boleh merosakkan kulit muka anda.

Oleh itu, kami senaraikan beberapa jenama mekap terkenal dijual secara tiruan di negara kita antaranya ialah:

1. Huda Beauty

Palet pembayang mata dan gincu jenama ini banyak dijual secara tiruan dengan harga murah. Berhati-hatilah ketika membeli dan pastikan anda membeli daripada penjual yang boleh dipercayai.

2. NARS

pinterest.com

Pemerah pipi dan bedak asas NARS selalu menjadi mangsa kepada pengilang tidak bertanggungjawab kerana menggunakan jenama itu untuk menjual mekap tiruan.

3. MAC Cosmetics

Style Vanity

Selain itu, gincu dan bedak kompak jenama MAC tiruan paling mudah didapati di uptown dan pasar malam berdekatan anda.

4. Urban Decay

The Happy Sloths

Palet pembayang mata jenama ini paling popular ditiru sejak beberapa tahun lepas dan ramai yang tertipu dengan kualitinya yang amat mengecewakan.

5. Kylie Jenner Cosmetics

beautifie.com

Sejak dilancarkan, kit gincu Kylie Jenner ini mempunyai permintaan tinggi hingga kit gincu tiruan semakin berlambak di pasaran.

Kesimpulannya, anda boleh beli jenama mekap lain yang lebih murah tetapi berkualiti di drugstore seperti SaSa, Watsons, Guardian dan banyak lagi jika anda tidak mampu membeli jenama mekap mahal.

Apa yang penting, beli yang original kerana ia mungkin boleh menyelamatkan nyawa anda berbanding membeli mekap tiruan harga murah tetapi tidak tahu kandungan bahan yang digunakan. Betul tak? 😉

Sumber: Wanista