Diam tak diam kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hujung minggu depan. Setiap tahun pasti ada iklan raya yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia.

Apa kata kita throwback lima iklan raya paling diingati oleh rakyat Malaysia. Kami yakin anda masih ingat iklan-iklan yang menyentuh perasaan ini:

1. Burung apa? Burung Murai


Iklan Hari Raya Petronas 2007 ini paling banyak dibuat parodi, malah masih diingati oleh penonton sehingga ke hari ini.

2. Ikan di laut asam di darat


Siapa boleh lupa persahabatan antara Suparjo dan Raju dalam iklan ini suatu ketika dahulu? Dikatakan raya dan perayaan Deepavali disambut serentak semasa iklan ini dikeluarkan.

3. Kisah 7 beradik


Iklan ini dikatakan begitu mencuit hati penonton ketika tujuh beradik ini berusaha mencari daging untuk dijadikan juadah Hari Raya pada saat-saat akhir demi ibu tercinta. Kelakar dan memberi 1001 makna.

4. Puasa yang-yuk


Semua mesti pernah puasa yang-yuk masa sekolah dulu kan? Iklan ini dikatakan begitu dekat dengan penonton kerana ramai yang berazam mahu kurus ketika puasa tetapi makin berisi pulak. Jangan sampai baju raya tak muat pulak nanti.

5. Anak yatim pulang ke kampung


Kisah di mana dua orang anak yatim ini begitu gigih mencari jalan untuk pulang ke kampung demi menziarahi pusara orang tua mereka. Pelbagai rintangan dihadapi semasa perjalanan pulang namun mereka berjaya sampai ke kampung sebelum hari raya.

Sumber: Twitter @projekpuisifar