Semakin ramai rakyat Malaysia mengamalkan aktiviti sihat terutama bersenam. Kita boleh lihat taman rekreasi dipenuhi orang ramai pada waktu petang dan pada hujung minggu.

Walau bagaimanapun, bagi golongan wanita yang mahu bersenam tapi malu kerana ada golongan lelaki, usah risau kerana terdapat beberapa gimnasium khas untuk anda:

1. Gimnasium Curves, Bandar Sri Damansara

Gimnasium ini sesuai untuk wanita bekerjaya kerana dapat membuat senaman tanpa gangguan. Malah, alatan senaman di sini juga direka khas untuk menguatkan sistem kardiovaskular tulang dan otot seterusnya dapat mengurangkan risiko osteoporosis pada usia tua nanti.

2. Nurul Fitness

Pusat kecergasan ini menawarkan kelas untuk wanita yang mahu bersenam di samping mengekalkan kecergasan badan dan minda. Objektif Nurul Fitness adalah untuk memberikan perkhidmatan terbaik serta memuaskan hati kepada pengunjung.

3. True Fitness, USJ & Hartamas

Walaupun ia sebenarnya gimnasium bercampur golongan lelaki dan perempuan, namun terdapat satu kawasan eksklusif yang menawarkan keselesaan maksimum untuk golongan wanita.

4. Lola Fitness Studio

Studio kecergasan ini dibuka sejak Mei tahun 2012 yang dikhaskan untuk wanita sahaja. Mereka merupakan pakar dalam jazzercise yang sentiasa menghiburkan dan funky, malah bersemangat dalam kekuatan tarian serta program latihan disediakan.

5. Contours Express, Setia Alam

Jika anda seorang yang sibuk, anda boleh singgah ke sini untuk bersenam sebentar. Difahamkan, latihan inovatif di sini hanyalah 29 minit sahaja setiap sesi mengikut keupayaan anda.

Sumber: Hijabista