Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma tidak lama lagi dan kini orang ramai sudah mula membeli belah untuk menyambut hari raya.

Ada yang mendapat bonus raya, gaji awal dan tak kurang juga masih menanti gaji memandangkan sudah berada di penghujung bulan Mei.

Para gadis pasti sudah membeli baju raya dan mungkin sedang mencari gaya tudung yang sesuai untuk digayakan pada hari raya bukan?

Usah risau, kami ada beberapa cadangan mengenai gaya tudung yang anda boleh pilih mengikut kegemaran anda.

1. Gaya inner turban

naelofaronline.com

Gaya inner tudung ini sememangnya popular di negara ini sejak ia mula dilancarkan oleh selebriti terkenal, Neelofa. Bahagian depan inner akan dibiarkan terkeluar sedikit untuk menampakkan lilitan turban manakala tudung dipakai ke belakang sedikit.

2. Gaya simpulan riben

tudungruffle.com

Riben terletak kemas pasti mencuri tumpuan ramai dan ia bakal menjadi pilihan untuk anda yang sukakan gaya ringkas dan menutup dada kerana kedudukan riben itu boleh dilaras mengikut keselesaan si pemakai.

3. Gaya ringkas satin organza

Selain gaya riben, tudung jenis satin organza juga dilihat bakal menjadi pilihan gadis-gadis kerana material tudung ini kelihatan seperti satin jika dilihat dari sebelah tepi manakala ia kelihatan seperti organza jika dilihat dari sudut lain.

4. Gaya bunga timbul

tudungpeople.com

Gaya bunga timbul amat sesuai untuk gadis yang agak feminin dan sukakan gaya manis-manis gitu. Selain itu, ia juga nampak tradisional dan bunganya juga boleh disesuaikan mengikut tema baju raya anda.

5. Gaya tudung bunga kristal

tudungpeople.com

Bagi yang sukakan gaya tudung glamour, anda pasti suka tudung yang mempunyai bunga diperbuat daripada manik-manik seakan kristal.

Apa yang penting, pakai tudung mengikut keselesaan anda kerana anda pasti sibuk beraya di rumah sanak-saudara dan sibuk menolong ibu di dapur. Jadi, penggunaan gaya tudung harus disesuaikan dengan situasi yang bakal anda lalui nanti.

Sumber: Wanista