Bercuti secara backpack seakan menjadi trend terkini bagi golongan muda zaman sekarang. Bukan saja menjimatkan, malah anda dapat mengembara ke seluruh pelusuk dunia dengan pengalaman yang tidak ternilai harganya.

Jika anda baru mencuba untuk menjadi seorang backpacker, anda boleh bercuti di lima negara di bawah ini sebagai permulaan kerana negara-negara ini merupakan destinasi yang sesuai untuk bercuti secara backpack.

1. Thailand

Rakyat negara ini pasti sudah tahu keindahan negara jiran kita, Thailand, yang kaya dengan makanan sedap, bangunan bersejarah serta pantai yang cantik.

2. Indonesia

timeshighereducation.com

Selain itu, Indonesia pula merupakan pilihan backpackers untuk meneroka tempat-tempat menarik, kaya dengan budaya dan makanan tempatan yang unik harus dicuba.

3. India

Ada berpendapat bahawa India mempunyai dua sisi yang berbeza di mana New Delhi dianggap sebagai tempat kurang bersih manakala Kashmir pula dianggap tempat paling cantik di dunia. Setiap destinasi pasti mempunyai keunikan dan tarikan yang tersendiri, bukan?

4. Singapura

Singapura turut menjadi destinasi pilihan backpackers mungkin kerana ia dekat dengan Malaysia di samping mempunyai banyak tarikan seperti makanan dan hiburan. Jika anda merancang perjalanan dengan baik, anda tidak perlu risau tentang kos perbelanjaan semasa berada di sana.

5. Turki

Untuk pengetahuan anda, Turki merupakan negara gabungan budaya timur dan barat di mana ia menjadikan negara tersebut begitu unik dari segi makanan serta bangunan bersejarah di sana. Malah, semakin ramai rakyat Malaysia gemar ke sana untuk bercuti.

Sumber: Astro Awani & The Vocket