Hujung tahun sering dikaitkan dengan masa untuk bercuti kerana musim cuti sekolah sudah bermula dan anda juga mempunyai banyak hari cuti yang belum digunakan pada tahun ini.

Jika anda teringin untuk merasai musim sejuk dan bermain salji di negara-negara yang mempunyai musim sejuk, berikut merupakan lima destinasi menarik untuk dikunjungi semasa musim sejuk:

1. Lapland, Finland -4 hingga 1°C (Nov), -9 hingga -3°C (Dis)

View this post on Instagram

Sanaton ? by @mikkolagerstedt

A post shared by Lapland feel (@laplandfeel) on

Jika anda ingin mencari Aurora Borealis, di sinilah destinasi yang anda patut pergi dan nikmati pemandangan catnik dilitupi salji. Difahamkan, destinasi ini hanya mengalami tiga jam cahaya matahari dalam masa sehari.

2. Zermatt, Switzerland -2 hingga 6°C (Nov), -6 hingga 2°C (Dis)

Dikatakan destinasi ini merupakan ‘syurga’ bagi peminat ski pada masa kini. Lihat saja pemandangan gunung yang dilitupi salji tebal membuatkan anda mahu bermain ski di sini. Selain itu, anda boleh berjalan di atas jambatan gantung terpanjang di dunia jika tidak mahu bermain ski.

3. Seoul, Korea Selatan 7 hingga 19°C (Nov), 0 hingga 11°C (Dis)

View this post on Instagram

#junvuinkorea ? @dangkhoa.nt

A post shared by Jun Vũ จูนวู (@junvu95) on

Korea Selatan merupakan destinasi percutian kegemaran rakyat Malaysia terutama pada musim sejuk. Dengan cuaca sejuk dan hujan renyai, anda pasti teruja untuk makan makanan laut segar serta sup panas bagi menghilangkan rasa sejuk. Bestnya!

4. Taipei, Taiwan 19 hingga 23°C (Nov), 18°C (Dis)

Walaupun Taiwan mengalami musim sejuk pada bulan Disember, namun cuacanya tidak terlalu sejuk berbanding negara Eropah serta sesuai untuk anda yang mahu berjalan sambil menikmati cuaca sejuk yang tidak keterlaluan.

5. Hanoi, Vietnam 24°C (Nov), 19°C (Dis)

Vietnam juga merupakan destinasi menarik untuk dikunjungi pada hujung tahun kerana ia tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Anda boleh mencuba makanan tempatan yang menarik dan usah risau kerana ada banyak makanan halal yang boleh dicuba sepanjang anda berada di sana.

Sumber: The Vocket