Australia merupakan antara negara paling gemar dilawati oleh rakyat Malaysia dan ada yang mengambil peluang melanjutkan pelajaran ke sana.

Mereka yang sering ke sana pasti sudah bosan ke Gold Coast, Perth, Melbourne dan sebagainya kan? Mungkin anda boleh cuba ke Geelong lepas ni kerana ia mempunyai pelbagai destinasi menarik untuk para pelancong.

Malah, AirAsia kini telah membuka laluan baru ke sana iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Avalon, Melbourne.

Untuk pengetahuan anda, Geelong merupakan sebuah bandar persisiran pantai yang terkenal dengan pelbagai makanan laut segar. Bukan setakat itu, rekaan setiap kafe dan restoran di sana diolah daripada kilang-kilang pertukangan lama. Very hipster!

1. Point Lonsdale

Wild Melbourne

Anda boleh menghabiskan masa dengan melepak di kafe atau restoran yang berhadapan dengan laut sambil membawa keluarga beriadah di persisiran pantai. Selain itu, terdapat aktiviti menyelam di sekitar Southern Port Phillip Bay dan Great Barrier Reef.

2. Volcanic Lakes & Plains

Wikipedia

Suka hiking? Cuba terokai keindahan landskap tanah gunung berapi yang kaya dengan tumbuhan hijau segar. Jika anda mendaki ke bahagian tinggi, anda boleh melihat tasik dalam volcano yang dipenuhi ikan. Orang kampung juga selalu pancing ikan di sana.

3. Torquay – Angelesea

Visit Victoria

Torquay merupakan tempat kegemaran para peluncur kerana mempunyai sembilan pantai khas untuk meluncur. Di tepi pantai pula penuh dengan perkhidmatan spa serta urut kaki. Sambil menunggu untuk meluncur, anda boleh la mengurut kaki atau pergi spa. Bestnya!

4. 12 Apostles Coast & Hinterland

Great Ocean Road

Anda akan terpukau dengan pemandangan di sini apabila melihat panorama laut yang dihiasi dengan batuan gergasi. Anda juga boleh nikmati pemandangan matahari terbenam kerana ia merupakan lokasi terbaik untuk melihat pemandangan tersebut.

5. Portarlington – St Leonards

Anda boleh menaiki bot feri dari Port Phillip Ferries ke Melbourne’s Docklands dan Portarlington selain dapat nikmati pemandangan menakjubkan pergunungan You Yangs sepanjang perjalanan. Jika bernasib baik, anda mungkin dapat melihat bayang-bayang ikan dolfin.

Sumber: Wanista