Selain puasa dan beribadah, ada di antara kita yang mengambil peluang untuk menguruskan badan dalam bulan Ramadan. Walaupun ia kedengaran agak mudah, namun ramai yang sukar mengawal nafsu makanan mereka apabila makan dalam kuantiti banyak semasa berbuka dan bersahur.

Sebenarnya, ada cara yang betul untuk kurus dalam puasa ini. Anda boleh ikuti cara-cara di bawah ini supaya dapat kurus sebelum raya:

1. Kira kalori

123mamanet.com

Makan ikut jumlah kalori. Untuk lebih mudah, anda boleh muatnaik aplikasi di telefon bimbit untuk mengira kalori dalam makanan yang dimakan supaya dapat mengawal jumlah kalori setiap hari.

2. Minum air kosong

Kementerian Kesihatan Malaysia

Walaupun berpuasa, anda jangan lupa untuk minum air kosong lapan gelas sehari. Mengikut Kementerian Kesihatan Malaysia, anda boleh minum air kosong selepas bangun sahur, bersahur, azan Maghrib, solat Maghrib, berbuka, solat Isyak, solat Terawih dan juga sebelum tidur.

3. Makan sahur

culturedfoodlife.com

Anda berpotensi untuk makan lebih banyak ketika berbuka jika tak makan sahur. Jadi, amalkan bersahur walaupun terasa kenyang seperti makan buah kurma dan minum air kosong.

4. “2-hour rule”

menshealth.co.uk

Jangan terus tidur selepas makan kerana ia akan menyebabkan lemak cepat terkumpul dalam badan. Tidur selepas dua jam makan supaya perut dapat memproses makanan yang baru saja dimakan.

5. Solat Terawih

islamcenter.uz

Untuk pengetahuan anda, solat Terawih juga membantu membakar kalori tanpa kita sedari. Menurut Kevin Zahri, solat Terawih mampu membakar kalori hingga 200-300 kcal mengikut suhu masjid. Lagi panas, lagi cepat berpeluh kan?

Tetapi, jangan pula berniat solat Terawih kerana mahu kurus. Beribadahlah dengan ikhlas nescaya anda akan lebih gembira melakukannya serta mendapat pahala.

Sumber: Sirap Limau