Kadangkala kita tak menyangka akan membawa pulang buah durian dari kampung apabila melawat keluarga di kampung halaman.

Biasanya kampung memang ada banyak dusun buah-buahan termasuk durian. Rugi pula jika kita tidak membawa balik raja buah yang enak itu.

Memang agak memeningkan sedikit kerana bau durian sungguh kuat apatah lagi jika kita meletakkannya di dalam kereta pada masa yang lama.

Bau durian agak sukar untuk dihilangkan, tetapi kini sudah ada banyak petua untuk menghilangkannya yang anda boleh ikuti termasuklah di bawah ini:

1. Tangkai durian

adsenseephoto.blogspot.com

Petua hilangkan bau durian menggunakan tangkai durian dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, Ikha Febrian, di mana anda hanya patahkan tangkai durian serta belah di bahagian hujung untuk disangkutkan pada jejaring aircond kereta.

2. Roti

habitfresh.com

Selain itu, ada yang mengatakan bahawa roti boleh menyerap bau durian dengan berkesan. Hanya perlu biarkan semalaman dan kereta anda bebas daripada bau durian!

3. Kopi

teeneelanna.com

Malah, serbuk kopi juga boleh membantu anda menghilangkan bau durian di dalam kereta. Ambil sedikit serbuk kopi dan balutkan dalam sapu tangan atau kain kasa serta tinggalkan semalaman dalam kereta.

4. Daun pandan

jewelpie.com

Ramai yang sudah mengetahui petua daripada orang lama-lama ini iaitu dengan meletakkan beberapa helai daun pandan di dalam kereta untuk menghilangkan bau. Hanya perlu ikat atau jika rajin, potong pendek-pendek dan letakkan di dalam beg jaring untuk digantung seperti air freshener. Wangi!

5. Soda bikarbonat / Baking Soda / Serbuk Penaik

Tidak dinafikan soda bikarbonat dan seangkatan dengannya amat membantu dalam kehidupan kita selain digunakan dalam masakan.

Bukan saja dapat menanggalkan kotoran degil, tetapi ia juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau secara semulajadi.

Letakkan satu bekas berisi serbuk soda bikarbonat di dalam kereta atau taburkan dulu soda penaik ini ke atas lantai kereta atau bahagian yang berbau kuat. Biarkan 2-3 jam dan selepas itu boleh vakum seperti biasa.

Sumber: Sirap Limau