Negara Jepun memang menjadi salah satu negara tumpuan untuk bercuti kerana kemajuan teknologi, penduduk Jepun yang sangat berbudi bahasa dan juga budaya mereka yang sangat unik.

Jika ingin bercuti ke Jepun, anda peru tahu serba sedikit budaya dan amalan harian mereka di sana supaya kita tidak dilabel sebagai pelancong yang tidak beradab. Bak kata orang, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.

booking.com

1. Bercakap dengan perlahan

Rakyat Jepun memang sangat polite lagi-lagi dari segi pertuturan mereka. Jika anda bercakap di tempat awam, rendahkan suara anda. Suara yang tinggi mungkin akan mengganggu privasi orang lain.

2. Bersin di tempat awam

Masyarakat Jepun amat sinonim dengan kebersihan. Bersin di khalayak ramai juga dianggap tidak sopan. Jangan terkejut jika rata-rata rakyat Jepun memakai topeng muka apabila keluar rumah. Itu memang salah satu dari budaya mereka.

3. Menepati waktu

Time is gold. Lagi-lagi kalau anda lihat jadual perjalanan perkhidmatan awam mereka. Kalau anda terlambat, pastinya ketinggalan.

4. Membuang sampah

Jangan pelik kalau anda susah nak jumpa tong sampah di tempat awam ketika melancong ke Jepun. Masyarakat di Jepun mengamalkan menyimpan sampah sendiri dan dibuang apabila tiba ke rumah sendiri. Anda juga boleh sediakan plastik kecil di dalam bag untuk membuang sampah.

5. Etika di tandas

Tandas di Jepun merupakan tandas paling bersih di dunia. Boleh tidur sekali dalam tandas tu. Bukan sahaja bersih, malah teknologi yang digunakan memang canggih.

Jika anda hendak bercuti ke Jepun, jangan lupa untuk mengamalkan budaya dan etika di atas ya. Semoga bermanfaat!

Sumber: Cari.Com