Di saat bulan Ramadan menjelma, pasti ramai yang sudah mencari idea mahu buka puasa di mana dan makan apa bermula hari ini. Malah, mungkin ramai yang merindui untuk ke bazaar bersama keluarga atau rakan untuk membeli juadah berbuka petang nanti.

Jika anda tak tahu mahu pergi bazaar Ramadan mana petang ini, berikut merupakan lima jenis bazaar popular di Lembah Klang yang anda boleh pergi:

1. Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR)

Bazaar Jalan TAR ini terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur. Kawasannya dianggap strategik untuk mereka yang bekerja di Kuala Lumpur kerana mudah untuk singgah beli makanan selepas habis kerja. Dikatakan harga makanan dan minuman dijual di sini murah-murah belaka.

2. Stadium Shah Alam

Tak dinafikan bazaar Stadium Shah Alam memang besar dan ia merupakan bazaar yang terbesar di Selangor serta menjual pelbagai jenis makanan seperti, Ayam Golek, Nasi Khabsa, Jus Mango “Oshin”, Kebab Cucuk dan Kambing Golek.

3. Kampung Baru

Nama Kampung Baru bertambah popular apabila tibanya bulan Ramadan kerana bazaar Kampung Baru terkenal sejak dulu lagi dengan pelbagai jenis makanan dan bubur lambuk yang amat sedap sekali serta percuma jika anda mendapatkannya di masjid Kampung Baru.

4. Taman Tun Dr Ismail (TTDI)

Bazaar TTDI memang meriah setiap tahun dengan pelbagai kaum yang membeli makanan dan minuman di bazaar ini. Malah, banyak makanan popular ada dijual di sini seperti putu mayam/bambu, kuih tepung pelita Paya Jaras, popiah dan banyak lagi.

5. Taman Melawati

Bazaar ini selalu menjadi pilihan para artis atau selebriti berniaga di bulan yang mulia ini. Usah terkejut jika anda selalu terserempak dengan artis jika ke bazar Taman Melawati. Selain itu, pelbagai jenis kuih dan makanan dijual di sini membuatkan orang ramai gemar ke bazaar ini.

Sumber: 8 Share