Kedai Jepun yang menjadi kegilaan ramai, Daiso, mempunyai banyak barangan kelengkapan rumah yang patut anda beli kerana ia sangat berguna dan murah serta memudahkan kerja harian anda.

Seorang pengguna Facebook, Amirah Anuar, berkongsi beberapa barangan Daiso yang berbaloi untuk dibeli.

1. Pembeku minyak masak

Sisa minyak masak dibekukan dan di buang dalam tong sampah. Kalau tak ada masa nak kumpul minyak dan hantar ke Alam Flora, disarankan beli ini untuk kesejahteraan longkang dan alam sekitar.

2. Pengasing sampah kecil

Nak longkang kita bersih macam di Jepun? Kebersihan bermula dari rumah. Pengasing sampah kecil di sinki sesuai untuk elak longkang daripada tersumbat.

3. Cat repellent

INI BUKAN RACUN! Kucing berak merata-rata elok la beli ni utk kesejahteraan bau-bauan.

4. Span magis (Melamine sponge)

Tengok magic sponge ni macam tak ada apa je. Tapi dia ni power sangat. Tak payah pakai sabun. Rendam air tonyoh je. Bukan sahaja untuk kasut. Untuk lantai/dinding yang meninggalkan kesan degil sangat berkesan. Watermark pon berkesan.

5. Sabun mesin basuh

Mesin basuh siapa yang tak pernah cuci kotoran degil belah dalam tu elok la pakai ni. Ada beberapa jenis dekat Daiso. Boleh tengok yang ni dan lain-lain lagi.

Sumber: Fb Amirah Anuar