Difahamkan seramai 4,000 peserta bakal mengimarahkan kempen Malaysia #QuranHour 1439H/2018 yang diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, hari ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff, memberitahu bahawa penyertaan kempen itu dijangka disertai oleh orang awam, institusi pengajian tinggi, sekolah, syarikat dan agensi kerajaan serta jemputan khas iaitu Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari serta Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid.

bharian.com.my

“Harapan kita agar kempen kali ini bukan hanya menjadi satu acara tahunan semata-mata, tapi ia merupakan satu gelombang yang digerakkan untuk menghayati isi kandungan 114 surah di dalam al-Quran yang dilakukan secara berperingkat,” ujarnya.

Tambahnya, orang ramai boleh memilih lokasi yang berdekatan dengan mereka untuk sama-sama menghidupkan gelombang interaksi dengan al-Quran.

bharian.com.my

“kita juga meminta peserta yang hadir akan membawa al-Quran terjemahan supaya bersama-sama dapat manfaat yang lebih daripada kempen ini,” katanya.

Tema Malaysia #QuranHour kali ke-4 ini adalah bertemakan 9 Budaya Membina Tamadun yang diambil daripada Surah al-Naml.

Sumber: Astro Awani