Kebanyakan hijabista yang memakai cermin mata selalu rasa terhad apabila mereka mahu bersolek dan kelihatan menawan walaupun masih bercermin mata.

Itulah dilema yang dihadapi oleh mereka setiap kali memakai cermin mata dan kali ini kami berkongsi empat tips untuk anda yang memakai cermin mata dan mahu bersolek.

1. Jenis eyeliner

youtube.com

Pemakaian eyeliner harus disesuaikan dengan frame cermin mata anda supaya mata nampak lebih menarik. Anda harus melukis eyeliner tebal jika frame cermin mata anda agak tebal dan juga sebaliknya jika anda memakai frame cermin mata nipis.

2. Gel maskara

wikihow.com

Maskara memang sukar untuk dipakai untuk mereka yang bercermin mata kerana takut ia menjadi comot. Namun, anda mempunyai pilihan lain dengan memakai gel maskara yang clear kerana ia tak berwarna seterusnya tidak akan menjadi comot sekiranya bulu mata terkena cermin mata.

3. Warna gincu yang sesuai

divalikes.com

Usah takut untuk memakai gincu berwarna terang jika anda memakai cermin mata. Pasti ramai yang terpesona melihat anda jika anda memakai gincu berwarna merah atau warna-warna lain yang bold.

4. Cara pakai maskara

leaf.tv

Ramai yang takut untuk memakai maskara jika mereka memakai cermin mata, namun ada cara yang betul boleh anda ikuti supaya maskara tak terkena pada cermin mata. Pastikan maskara betul-betul kering dan tunggu beberapa minit sebelum anda pakai cermin mata. Maskara penting untuk membuatkan mata anda lebih besar dan cantik.

Sumber: Hijabista