Ramai yang nak kurus kan? Tapi susah nak tahan nafsu makan. Mari kita cuba resipi air detoks yang boleh buat sendiri menggunakan bahan-bahan di dapur.

1. Limau + Lemon + Timun

tastemade.com

Gabungan limau, lemon dan timun sesuai untuk menghapuskan lemak degil di badan, mengawal nafsu dan boleh mengelakkan masalah perut kembung.

2. Daun Pudina + Teh Hijau + Oren

thewellnessinfo.com

Teh hijau dapat membantu meningkatkan metabolisme tubuh. Selain itu, resipi ini boleh membantu melancarkan penghadaman, mengatasi sakit kepala dan bau mulut.

3. Oren + Daun Pudina + Strawberi

skinnyms.com

Air detoks campuran oren, daun pudina dan strawberi sangat bagus untuk diamalkan. Strawberi mampu mengurangkan kolestrol, oren boleh mengatasi masalah sembelit dan daun pudina mencegah masalah kembung perut dan angin.

4. Oren + Lemon + Limau Nipis

pinterest.com

Sesuai untuk mereka yang inginkan perut sihat. Oren dan limau nipis bagus untuk sistem pencernaan. Manakala lemon pula membersihkan sistem pencernaan. Resipi ini berkesan untuk mengatasi masalah perut buncit.

Sumber: Mr Tengku Asmadi