Adalah amat penting untuk wanita dan para isteri untuk menjaga kesihatan luaran dan dalaman mereka. Penjagaan dalaman harus diberikan keutamaan yang sama rata sepertimana pada bahagian luaran walaupun anda anak dara atau telah berkahwin.

Sebenarnya terlalu banyak petua tradisional yang boleh diamalkan untuk penjagaan kesihatan dalaman wanita serta luaran. Malahan, hasilnya juga didapati berkesan tanpa menggunakan sebarang produk kesihatan dalaman yang dijual.

Walau bagaimanapun,terdapat banyak produk kecantikan dalaman dan luaran yang boleh dibeli di pasaran tetapi tidak semuanya terbaik dan sesuai dengan seseorang itu. Jika anda mengamalkan petua kecantikan dan penjagaan dalaman wanita dengan menggunakan bahan semulajadi pasti boleh digunakan tanpa ragu seperti yang akan dikongsikan di bawah.

1. Rebusan Serai dan Halia

3 batang serai dan juga 4 cm halia yang diketuk kedua-duanya sebelum direbuskan dengan 3 gelas air sehingga mendidih menjadi segelas air sahaja yang boleh diminum ketika air menjadi suam. Anda disarankan minum selepas makan pada waktu siang hari.

Rebusan serai dan halia ini boleh diamalkan 2 hingga 3 kali dalam seminggu. Khasiat rebusan ini mampu menghilangkan letih dan lenguh-lenguh badan, mengurangkan kadar kolestrol yang tinggi, sakit urat saraf selain mampu membuang angin dalam badan dan juga untuk penjagaan dalaman wanita.

2. Rebusan Daun Sirih

3 hingga ke 5 helai daun sireh perlu direbuskan dengan 3 gelas air sehingga menjadi segelas selepas mendidih. Ia lebih elok diminum suam-suam suku.

Anda juga boleh campurkan dengan 3 kuntum bunga cengkih sebagai tambahan untuk menghilangkan bau badan, memulihkan segala sakit urat dan sengal-sengal badan. Rebusan air ini sebaiknya diamalkan setiap seminggu atau 10 hari sekali.

3. Rebusan Daun Inai dan Daun Sireh

Segenggam daun inai dicampurkan dengan 3 atau 5 helai daun sireh yang kemudiannya direbuskan dengan 3 gelas air sehingga menjadi segelas air sahaja selepas direbus kemudian minum waktu suam.

Rebusan ini sangat sesuai digunakan untuk wanita yang mengalami masalah keputihan dalaman wanita yang teruk serta mempunyai lendiran di bahagian kewanitaan anda yang banyak itu. Selain itu ia juga mampu menghilangkan bau dan sangat baik diamalkan selepas haid.

4. Rebusan Halia, Serai, Cengkih dan Kunyit

3 batang serai, 3 cm halia tua atau muda dan 2 cm kunyit hidup. Ketiga-tiga bahan ini perlu diketuk. Sedikit kulit kayu manis, bunga cengkih atau bunga lawang, daun pandan sehelai dan juga sedikit gula batu atau madu lebah sekiranya anda suka.

Rebusan campuran semua bahan ini boleh diminum setiap kali sebelum dan selepas haid. Cukup dengan mengamalkan sekali dalam sebulan. Fungsi kesemua bahan ini mampu mewangikan kewanitaan anda serta turut menyegarkan badan.

Semua resepi dan petua yang dikongsikan di atas boleh diamalkan mengikut kepada keperluan serta kesesuaian badan anda sendiri. Walau bagaimanapun, anda tidak digalakkan mengambil kesemua petua serta meminum air rebusan di atas pada setiap hari. Anda boleh mengaturkan sendiri bila serta apa keperluan badan anda sendiri.

Sumber: Media Maklumat