Biasanya jika kita pergi ke bazaar Ramadan, kita akan menjadi “rambang mata” kerana semua makanan kelihatan sedap dan mahu membeli semua jika boleh.

Walau bagaimanapun, itu semua hanyalah nafsu semata-mata kerana kita sedang berpuasa dan menahan lapar sejak dari pagi lagi.

Jika anda tak tahu mahu membeli apa untuk berbuka nanti, berikut merupakan empat jenis makanan yang popular di bazaar Ramadan:

1. Murtabak

hmetro.com.my

Murtabak merupakan makanan “wajib” beli bagi sesetengah orang. Walaupun ia biasa dijual sebelum bulan Ramadan, namun kita harus akui makanan ini mempunyai auranya yang tersendiri hingga mampu membuatkan orang beratur panjang untuk membelinya.

2. Tepung pelita

twitter @MuazFadhli

Tak dinafikan tepung pelita antara kuih yang begitu popular di bazaar Ramadan dan ia akan cepat habis jika anda datang lewat ke bazaar. Bak kata tagline tepung pelita Paya Jaras, “Rasa sebulan, rindu setahun”.

3. Ayam percik

iium.edu.my

Ramai yang suka makan ayam percik ketika berbuka puasa. Ini kerana anda boleh makan ayam percik dengan kuah putih begitu sahaja atau makan bersama nasi putih. Memang sedap!

4. Akok

denai.my

Jika anda peminat kuih pantai timur, anda pasti tercari-cari kuih akok untuk dijadikan juadah berbuka puasa. Memang sesuai untuk mereka yang mahu makan makanan ringan sebelum makan nasi.

Banyak lagi makanan-makanan lain yang popular di bazaar Ramadan anda boleh beli dan senarai di atas hanyalah sebahagian kecil daripada senarai panjang makanan popular di bazaar Ramadan.

Sumber: Unilever Food