Rakyat Malaysia memang terkenal dengan suka makan dan kerana itu, terdapat banyak kedai makan yang buka hingga larut malam. Malah, peminat untuk makanan pencuci mulut seperti kek, muffin, pastri dan sebagainya semakin ramai di negara ini. Jom kita tengok empat kedai bakeri halal di sekitar Kuala Lumpur/Selangor:

1. Cake Jalan Tiung

instagram.com

Masuk saja ke kedai ini, anda pasti akan tertarik dengan pelbagai jenis kek yang ada dan berasa tenang untuk menikmati kek di sana. Ini kerana ruang dan dekorasi dalam kedai membuatkan anda selesa untuk berborak. Jangan terkejut dengan nama kek di sana kerana nama kek mereka sungguh unik 😛

2. Dotty’s Pastries and Coffee

eatdrinkkl.blogspot.my

Siapa yang tak pernah cuba salted egg cronut (croissant + donut) di sini memang rugi! Boleh dikatakan cronut telur masin merupakan signature dish kedai ini.

3. Wondermilk

nasilemakforthesoul.wordpress.com

Wondermilk sememangnya terkenal dengan cupcakes yang menarik dan sedap. Malah, saiznya juga tak terlalu besar dan terlalu kecil untuk anda nikmati selepas makan makanan utama.

4. Souka

instagram.com

Tak sah jika ke Taman Tun Dr Ismail (TTDI) anda tak singgah ke Souka kerana ia menyajikan kek klasik dan pastri yang enak. Bayangkan petang-petang anda dapat nikmati sepotong kek sambil menghirup kopi panas. Memang menenangkan!

Sumber: Have Halal Will Travel