Beberapa kawasan dalam daerah Selangor akan mengalami gangguan bekalan air bermula 9 Oktober depan selama tiga hari kerana kerja penggantian peralatan di Loji Rawatan Air Sungai Semenyih.

Gambar sekadar hiasan

Ketua Jabatan Pengagihan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Kelvin Siew, memberitahu bahawa gangguan tersebut berlaku bagi memudahkan kerja-kerja penggantian peralatan di Loji Rawatan Air Sungai Semenyih (WTP).

Gambar sekadar hiasan

Menurutnya, antara daerah yang terjejas ialah Petaling, Langat, Sepang dan Kuala Langat akan dihantar 62 lori tangki air dan 10 tangki jumbo ke lokasi yang terpilih. Selain itu, sebanyak 20,000 botol air minuman lima liter juga akan diedarkan dari semasa ke semasa.

Gambar sekadar hiasan

“Terdapat 80 tangki statik yang diletakkan di kawasan kritikal seperti sekolah, masjid serta pangsapuri dan rumah pangsa,” ujarnya.

Tambahnya, tujuh pusat perkhidmatan tempatan akan beroperasi 24 jam bermula 9 Oktober untuk membantu pertanyaan dan bekalan air bantuan.

Sumber: The Star