Semalam kita dikejutkan dengan tragedi pesawat Lion Air terhempas di Laut Jawa, Indonesia yang mengorbankan kesemua penumpang serta krew pesawat berkenaan.

Ia bukanlah nahas pertama yang berlaku oleh syarikat penerbangan tambang murah berkenaan kerana terdapat beberapa tragedi nahas yang pernah berlaku sebelum ini.

1. Lion Air 386 PK-LID

Penerbangan Lion Air 386 PK-LID yang berlepas dari Bandara Sultan Syarif Kasim II, Riau ini turut mengalami kemalangan pada 14 Januari 2002.

Difahamkan, pesawat itu gagal berada di udara dan jatuh sehingga tujuh penumpang mengalami kecederaan yang serius hingga patah tulang.

2. Lion Air JT-538

Selain itu, penerbangan Lion Air JT-538 pernah tergelincir di landasan ketika mendarat di Lapangan Terbang Bandar Udara, Solo, Jawa Tengah. Kejadian tersebut berlaku pada 30 November 2004.

Malah, seramai 26 penumpang meninggal dunia, 55 mangsa mengalami kecederaan kritikal dan 63 orang mengalami kecederaan ringan.

3. Lion Air JT 904

Penerbangan berlepas dari Lapangan Terbang Bandung ke Bandara Ngurah Rai, Bali ini mengalami masalah dan gagal mengendalikan pesawat semasa mendarat di landasan. Seramai 101 penumpang menjadi mangsa dan tiada kes meragut nyawa dilaporkan.

Insiden ini berlaku pada 13 April 2013 kira-kira pada pukul 3.00 petang waktu tempatan. Seramai 45 orang penumpang mengalami kecederaan ringan akibat badan pesawat yang terbelah kepada dua bahagian.

Sumber: Oh Bulan, IDN Times, Tribunbisnis, SinarOnline