Ramai orang tidak tahu cara memilih tembikai manis dengan betul. Kita seringkali tertipu apabila membeli tembikai kerana tidak tahu isi di dalam macam mana.

Nah, anda pasti akan dapat beli tembikai isi manis jika mengikut beberapa tips di bawah ini yang diberikan oleh seorang pengguna Facebook, Aishah Wahab.

1. Garisan luar tembikai cantik & kemas

Biasanya jika garisan luar tembikai cantik dan kemas berkemungkinan besar isi buah tersebut manis. Elakkan beli buah garisan berserabut kerana isinya kurang manis.

2. Saiz bahagian tapak buah

Selain itu, saiz tapak buah juga amat penting bagi menentukan sama ada buah tersebut manis atau tidak. Saiz tapak buah yang kecil mempunyai isi yang manis manakala saiz tapak besar mempunyai isi kurang manis.

3. Bentuk buah bulat

Malah, anda juga boleh menentukan tembikai mana yang lebih manis jika melihat dari segi bentuk buah. Buah yang bentuk agak bulat biasanya mempunyai isi manis dan jika buah berbentuk lonjong pula isinya lebih berair atau juicy.

Sumber: Fb Aishah Wahab