Jika dahulu tak semua orang boleh bercuti ke luar negara kerana tidak mampu membeli tiket penerbangan, kini semakin ramai boleh melancong kerana harga tiket lebih murah dan berpatutan.

Walau bagaimanapun, perancangan harus dibuat bagi mengelakkan anda membeli tiket pada harga tinggi akibat lambat beli. Lagi awal beli, lagi murah harga tiket penerbangan anda boleh dapat. Tak percaya? Cuba baca tips di bawah:

1. Bila waktu sesuai beli tiket?

Gambar sekadar hiasan

Anda boleh beli tiket penerbangan sekurang-kurangnya empat bulan sebelum tarikh percutian yang telah ditetapkan. Malah, beli awal setahun daripada tarikh juga boleh kerana anda akan dapat harga lebih murah.

2. Bandingkan harga tiket sebelum beli

Gambar sekadar hiasan

Anda boleh bandingkan harga tiket di laman web www.skyscanner.com.my sebelum membelinya. Laman web ini membandingkan harga dengan kesemua syarikat penerbangan yang ada.

Bukan itu saja, ia turut memaparkan harga promosi tiket oleh mana-mana syarikat penerbangan yang ada. Lebih senang menggunakan laman web ini kerana anda tidak perlu membuka setiap laman web syarikat penerbangan untuk membandingkannya sendiri. Jimat masa kan?

3. Ketahui laluan dan keselesaan penerbangan sebelum buat keputusan

Gambar sekadar hiasan

Anda boleh pilih sama ada mahu menaiki penerbangan tambang murah yang mempunyai transit ataupun menaiki penerbangan terus ke destinasi dalam tempoh yang agak lama namun dapat menjimatkan masa.

Walau bagaimanapun, ia bergantung dengan bajet percutian anda kerana harga tiket berbeza mengikut keselesaan ditawarkan seperti AirAsia dan Malaysian Airlines.

AirAsia mempunyai destinasi transit manakala Malaysian Airlines biasanya akan terbang terus ke destinasi yang dituju. Jadi, tepuk dada tanya selera dan jangan lupa ukur baju di badan sendiri.

Sumber: Cari