Kehilangan beg ketika baru saja tiba di lapangan terbang merupakan masalah yang tiada penghujungnya kerana ia selalu terjadi walaupun anda sudah berhati-hati.

Jika anda kurang yakin dengan tindakan yang dibuat untuk mengelakkan bagasi anda hilang, anda boleh ikuti tiga tips di bawah ini:

1. Letak tag pengenalan diri

ceritapic.pw

Letak tag pengenalan diri anda seperti nama penuh, nombor telefon dan alamat serta gantungkannya di bahagian pemegang beg. Selain itu, anda boleh letakkan salinan itinerari percutian dalam bagasi agar memudahkan pihak syarikat penerbangan menghubungi anda jika beg hilang.

2. Ikat dengan tali warna-warni

Lelong.my

Ikatkan bagasi anda dengan tali berwarna-warni atau warna tertentu supaya memudahkan anda untuk mencari bagasi dan membezakan bagasi anda dengan orang lain. Lagi senang, anda ikat guna tali riben di bahagian pemegang beg.

3. Ikat zip dengan tali plastik

indiamart.com

Terakhir sekali, anda wajib kuncikan bagasi dengan nombor keselamatan, mangga atau ikat zip dengan tali plastik seperti dalam gambar. Ia bertujuan untuk mengelakkan orang mencuri bagasi anda serta menyukarkan mereka menggeledah barangan dalam bagasi anda.

Sumber: Wanista