Sejak larangan merokok di kedai makan dikuatkuasakan semalam, mungkin ada dalam kalangan perokok mahu menanam impian untuk berhenti merokok kerana lebih sukar untuk merokok.

Tidak dinafikan ramai golongan muda yang merokok pada masa kini tidak kira pelajar, sudah bekerja dan sebagainya.

Difahamkan, salah satu pergerakan atau gaya hidup yang menyelamatkan golongan muda daripada merokok adalah falsafah ‘Straight Edge’ yang bermula di Amerika Syarikat pada awal tahun 80-an.

Ramai selebriti terkenal berjaya mengubah gaya hidup mereka dengan mengamalkan ‘Straight Edge’ antaranya ialah James Hetfield dari Metallica, pelakon, Bradley Cooper dan bekas bintang gusti WWE, Phillip Jack Brooks ataupun lebih dikenali sebagai CM Punk.

Di Malaysia, Drug Free Malaysia antara yang menggunakan falsafah dan budaya ’Straight Edge’ untuk memperjuangkan gaya gidup sihat dan positif dalam kalangan orang muda. Presiden Drug Free Malaysia, Khai Aziz, memberikan tiga tips berhenti merokok yang anda boleh cuba:

1. Bergaul dengan golongan yang tidak merokok

Gambar sekadar hiasan

Selalu berpesan kepada diri sendiri untuk tidak merokok, tulis dalam buku, Facebook dan pada pakaian setiap masa anda dengan mesej ini. Wujudkan pergerakan dan berkempen di tempat anda, biar semua orang tahu anda sedang melawan syarikat besar dan paling penting, melawan keinginan diri sendiri yang mahu merokok.

2. Sertai pergerakan anti merokok

Gambar sekadar hiasan

Pergerakan ‘Straight Edge’ wujud di seluruh dunia di mana mereka berkempen melalui muzik, fesyen dan penulisan untuk membantu perokok berhenti merokok.

3. Ingat orang yang tidak disukai

Gambar sekadar hiasan

Bayangkan muka orang yang kita tidak suka yang merokok, sudah pasti kita tidak mahu menjadi sama seperti orang yang kita tidak disukai.

Sumber: Astro Awani