Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa laman sosial popular, Facebook, sebenarnya banyak memberi tips-tips berguna untuk penggunanya terutama mengenai percutian.

Ramai berkongsi pengalaman dan itinerari percutian untuk memberi panduan kepada mereka yang mahu ke lokasi tersebut satu hari nanti. Antara tips yang anda boleh dapat daripada Facebook ialah:

1. Sumber rancang percutian

Anda hanya perlu cari nama lokasi percutian dan akan ada banyak maklumat lengkap mengenai lokasi tersebut daripada posting yang dibuat.

2. Dapat review jujur lokasi percutian

Selain itu, anda turut mendapat review jujur mengenai destinasi percutian apabila membaca komen-komen daripada pembaca yang pernah ke sana sebelum ini.

3. Boleh terus buat tempahan

Untuk pengetahuan anda, sebenarnya anda boleh terus membuat tempahan destinasi percutian kerana akan ada link di halaman rasmi hotel yang anda berminat untuk tempah. Mudah bukan?

Sumber: Kompas.com